Tips Membeli Tiket Kapal Terbang Murah ke destinasi Percutian Anda

Mengaku saja jika anda merupakan salah seorang yang tertunggu-tunggu tiket penerbangan murah. Anda boleh berjimat banyak jika anda tahu cara untuk mendapatkan harga tiket penerbangan yang murah. Entri ini memberi anda panduan mendapatkan tiket mampu beli.

Beli Ketika Promosi
Setiap tahun, syarikat penerbangan tempatan seperti MAS, Air Asia, Malindo dan Fire Fly pasti ada membuat promosi untuk pelanggannya. Promosi yang dibuat biasanya sangat berbaloi.

Beli Lebih Awal
Jika anda mahu melancong pada bulan akan datang, mulalah membeli dari sekarang kerana membeli tiket penerbangan lebih awal kebiasaannya lebih murah. Biasanya, harga lebih murah mengikut hari dan waktu. 

Belian Secara Online
Tiket Kapal Terbang lebih cepat dan mudah membeli secara online, kebiasaan bank yang digunakan adalah mybank2u atau melalui paypal dan bayaran kad kredit, ini memudahkan pengrusan anda dan juga hanya perlu print di bawa semasa check inn hari penerbangan.

Beli Bersama Package di Tawarkan
ada sesetengah syarikat penerbangan memberi tawaran yang cukup menarik seperti penerbangan + penginapan hotel yang di tuju mungkin juga ada siap dengan package 3 hari 2 malam atau sebagainya, pakej sebegini kebanyakan memberi kemudahan kepada anda tanpa memeningkan kepala hanya perlu membuat pembayaran secara online dan semuanya sudah tersedia untuk anda.

Daftar Jadi Ahli
Jika anda seorang yang kerap melancong, anda mungkin perlu daftar menjadi ahli supaya mendapat beberapa kemudahan. BIG Loyalty Programme merupakan salah satu program ganjaran buat anda yang setia bersama Air Asia. Mungkin anda boleh dapat tiket percuma!

Rajin Membuat Perbandingan
Rajinkan diri membuat perbandingan syarikat mana yang ada membuat promosi terutamanya sempena hari-hari tertentu seperti hujung tahun dan perayaan.

Rajin Mengetahui Promosi Destinasi Yang Dituju
Ketahui tempat percutian yang dituju sama ada destinasi tersebut ada membuat promosi penerbangan atau tidak. Sebagai contoh, jika anda mahu ke Korea, carilah promosi ke sana.

Tahniah jika anda berjaya mendapatkan tiket penerbangan yang murah. Tunggu apa lagi? Selamat bercuti dengan lebih penjimatan. 
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment