PULAU-PULAU DI TERENGGANU
Bercuti di pulau peranginan memang mengasyikkan dan mendamaikan. Deruan ombak disertai angin pantai memang sangat memberi ketenangan, apatalah lagi jika percutian anda ditemani insan tersayang mahupun keluarga tercinta.
Pulau-pulau yang berada di Terengganu antara pulau-pulau yang terbaik di Malaysia dan menjadi destinasi perlancongan sama ada rakyat tempatan atau luar negara, airnya yang jernih batu karangnya yang subur, pemandagan yang memukau mata pasti akan menghilang rasa tekanan dan asyik dengan keindahan pulau-pulau yang ada di Terengganu.
Pulau Perhentian
Pulau Kapas
Pulau Redang
Pulau Redang adalah salah satu pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Pulau ini kini merupakan sebuah pulau peranginan yang amat popular di kalangan orang Malaysia, dengan kebanyakan mereka yang datang melalui pakej pelancongan. Salah satu pantai yang paling cantik di pulau ini ialah Pasir Panjang. Pasirnya putih dan airnya jernih, dengan batu karang dan ikan terdapat hanya beberapa meter dari tepi pantai. Antara kemudahan di pulau ini ialah kegiatan snorkel dan junam.
Pulau Redang boleh dikunjungi melalui Merang dengan bot-bot yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat peranginan di sini. Jaraknya dari jeti Kampung Penarik ialah 30 kilometer nautika atau Kuala Trengganu melalui Jeti Shahbandar dengan menggunakan feri. Terdapat juga sebuah lapangan terbang kecil di pulau ini.
Pulau Lang Tengah
Pulau Gemia
Biasanya pelancong yang datang ke Pulau Kapas akan pergi ke Pulau Gemia sebagai salah satu lokasi bagi melakukan aktiviti snorkeling, menyelam ataupun mengamati pemandangan pantai.
Terdapat sebuah tempat peranginan di Pulau Gemia. Pulau Gemia merupakan salah satu pulau terindah di Terengganu. Pulau kecil ini juga dapat menarik ramai pelancong datang ke sana kerana memiliki panorama matahari terbit yang cantik selain pulau ini yang kecil dan kurang pengunjung dapat menggamit persekitaran yang romantis dan damai. Pulau Gemia ini berhampiran dengan Pulau Kapas, pengunjung boleh menaiki feri atau bot ke sana.
Udara di sini juga sungguh nyaman dan sejuk kerana kurang peerokaan hutan di sana. Lautnya biru dan pantainya kuning. Pelbagai jenis burung terdapat di sana antaranya ialah burung bangau, burung rajawali, burung nuri dan sebagainya. Bentuk muka bumi pulau ini sangat padat bersama bukit-bukau yang tersusun, anak sungai yang jernih dan pelbagai pokok jenis kayu keras dan besar-besar belaka juga dapat ditemui.
Purata hujan tahunan adalah kira-kira 26000 ml setahun, manakala suhunya atara 26c-27c. Pulau ini juga merupakan salah satu habitat haiwan liar.
Pulau Tenggol
Whale Shark In Tenggol Island Diving Sites |
Pulau Tenggol menyediakan 20 tempat menyelam yang cantik dan menarik. Diantaranya Teluk Air Tawar tempat terbaik untuk melihat penyu. Batu Tokong Laut pula turut menarik bagi melihat ikan selar berkumpulan dan beberapa jenis batu karang pelantar laut dalam. Jika anda bernasib baik, diantara bulan Julai dan September anda berpeluag melihat kehadiran Yu paus yang besar dan cantik memakan plankton dan udang kecil di sekitar pulau ini. Aktiviti Keindahan pulau ini menjadi tarikan pelancong untuk aktiviti selam skuba bagi menjejaki khazanah terumbu karang dan mengamati bangkai-bangkai kapal karam. Selaman skuba (scuba diving) dan snorkeling ialah antara aktiviti utama di sini.
Menyaksikan sendiri dengan mata kasar hidupan laut adalah pengalaman yang tidak dapat di lupakan. Antara hidupan laut yang boleh dilihat di sini ialah karang lembut (soft coral), nudibranch, seaweed, batfish, penyu laut, Napoleon Wrash, clownfish (nemo fish) dan yu paus.
Bot
Sebarang aktiviti yang dilaksanakan sepanjang percutian di pulau ini mesti dirancang dengan awal. Terdapat banyak perkhidmatan bot laju untuk tujuan “day-trip diving” disedikan. Pelancong yang ingin ke Pulau Tenggol dinasihatkan untuk menggunakan jeti bot ekspress baru yang terletak di tepi jambatan Kuala Dungun.
Kadar sewaan bot laju ialah lebih kurang RM600-RM650 sehari. Kos ini boleh dikongsi beramai-ramai, kerana satu bot laju boleh memuatkan antara 6-10 orang penumpang dalam satu-satu masa. Kadar sewaan ini termasuk bot, petrol, pemandu bot dan makan tengahari pek. Namun begitu pakej aktiviti skuba, snorkeling dan peralatan berkenaan dengannya serta chalet penginapan tidak termasuk pada harga tersebut.
Penginapan
Terdapat banyak resort dan chalet kecil dibina di pulau ini. Namun resort-resort di Pulau tenggol tidak sebanyak resort yang terdapat di Pulau Perhentian atau di Pulau Kapas.
Tenggol Island Resort (nama lama ialah Tenggol Aqua Resort) yang terletak di Telok Air Tawar merupakan resort yang terkenal dan sering menjadi pilihan di Pulau Tenggol. Ianya terdiri dari chalet-chalet kayu berlatar belakang hutan tropika. Jika pelancong tidak mahu menetap di pulau, mereka juga boleh memilih menetap di bandar Dungun, terdapat beberapa hotel murah dan sederhana seperti Hotel Sura, Hotel UiTM dan rumah tumpangan Cina, kadar sewaan semalam kurang dari RM100 sebilik.
Pelancong juga boleh membuat khemah di pulau ini jika mahu, namun amat disarankan untuk menjaga kebersihan pulau.
Pengangkutan
Untuk pergi ke Pulau Tenggol, pelancong harus menyewa bot laju untuk sampai ke Pulau Tenggol dari jeti Kuala Dungun. Untuk tujuan selaman skuba, kadar sewaan bot adalah sekitar RM600-650 untuk sebuah bot sehari (maksimum 6 orang). Kadar lebih murah untuk ke resort. Anda perlu berunding dengan pihak resort supaya boat transfer fee dimasukkan sekali ke dalam pakej anda, Pastikan ianya perjalanan 2-hala (return trip).
Perjalanan mengambil masa 40 minit dengan bot laju (2 jam dengan bot nelayan biasa). Bagi perjalanan darat ke Kuala Dungun, misalnya dari Kuala Lumpur atau Shah Alam, perkhidmatan bas ekspress adalah pilihan terbaik kerana terminal bas Kuala Dungun ke jeti tidak terlalu jauh, lebih kurang 2 km dengan merentasi jambatan baru Kuala Dungun. Pelancong dinasihatkan untuk mengelakkan datang ke sini dari bulan November hingga Mac kerana musim tengkujuh yang melanda pantai timur. Di waktu ini tiada aktiviti sukan air dan sesetengah resort mungkin ditutup.
Pulau Rhu Hentian
Pulau Rhu terletak kira-kira 15 batu nautika dari pelabuhan kecil Kuala Besut, di utara Terengganu ialah tempat pelancongan yang baru diteroka dan sedang giat dimajukan bagi melengkapkan lagi pelan pembangunan pelancongan berasaskan keindahan pantai dan pulau di negeri ini.
Perjalanan ke situ menggunakan bot laju dari terminal pelancongan di Kuala Besut dengan mengambil masa kira-kira 20 minit dan 30 minit bot biasa yang menyusuri pantai sudah cukup memikat pelancong sambil melihat keindahan pemandangan tanah besar.
Pulau Rhu seperti juga kepulauan lain tetap mempunyai keindahan alam semula jadi yang menarik dan mengkagumkan dengan pantai yang putih bersih serta kebiruan air Laut Cina Selatan yang mengasyikkan pengunjung. Malah mereka yang berpeluang berkunjung ke situ akan dapat menikmati permainan dan kegiatan air, seperti menyelam untuk melihat spesies laut, seperti karang, siput, rumpai air, batu karang dan pelbagai jenis ikan.
Selain itu, pelbagai aktiviti sukan lasak lain boleh dijalankan oleh
pelancong, seperti snokeling, menyelam scuba, meredah hutan, berkhemah, memancing dan permainan bola pantai. Dengan keluasan 1.4 hektar, pelancong boleh menjelajah ke persekitaran
pulau dengan mengambil masa perjalanan kira-kira satu setengah jam sambil melihat pemandangan indah sekitarnya.
Pulau itu yang tidak mempunyai penghuni tetap kini mula dikunjungi manusia apabila Persatuan Nelayan Kawasan (PPK), Kuala Besut berusaha gigih memajukan tempat itu yang kini dikenali sebagai Rhu Hentian Resort (RHR).
Perjalanan ke situ menggunakan bot laju dari terminal pelancongan di Kuala Besut dengan mengambil masa kira-kira 20 minit dan 30 minit bot biasa yang menyusuri pantai sudah cukup memikat pelancong sambil melihat keindahan pemandangan tanah besar.
Pulau Rhu seperti juga kepulauan lain tetap mempunyai keindahan alam semula jadi yang menarik dan mengkagumkan dengan pantai yang putih bersih serta kebiruan air Laut Cina Selatan yang mengasyikkan pengunjung. Malah mereka yang berpeluang berkunjung ke situ akan dapat menikmati permainan dan kegiatan air, seperti menyelam untuk melihat spesies laut, seperti karang, siput, rumpai air, batu karang dan pelbagai jenis ikan.
Selain itu, pelbagai aktiviti sukan lasak lain boleh dijalankan oleh
pelancong, seperti snokeling, menyelam scuba, meredah hutan, berkhemah, memancing dan permainan bola pantai. Dengan keluasan 1.4 hektar, pelancong boleh menjelajah ke persekitaran
pulau dengan mengambil masa perjalanan kira-kira satu setengah jam sambil melihat pemandangan indah sekitarnya.
Pulau itu yang tidak mempunyai penghuni tetap kini mula dikunjungi manusia apabila Persatuan Nelayan Kawasan (PPK), Kuala Besut berusaha gigih memajukan tempat itu yang kini dikenali sebagai Rhu Hentian Resort (RHR).
Pelancong boleh mendapatkan perkhidmatan bas ekspres Rangkaian Mewah KL/Besut di Perhentian Putera dan singgah di Kuala Besut. Di Kuala Besut anda perlu mendapatkan perkhidmatan bot pelancongan yang sedia menunggu di terminal pelancongan dengan caj tambang bot pelancong biasa RM15 (pergi/balik) dan bot laju RM20 (pergi/balik).
0 comments:
Post a Comment