Pasar Tani Kuala Besut daya tarikan pelancong ke besut


Pasar Tani Kuala Besut! Kalau ada masa lapang pagi Jumaat bolehlah singgah kat Pasar Tani Kuala Besut berhampiran Sungai Kuala Besut. Kawasannya memang luas dan menawarkan pelbagai pilihan barangan seperti makanan, pakaian, perkakas dapur, binatang peliharaan, alatganti basikal, kraftangan, perabut dan perhiasan rumah.

Pasar tani ini bermula seawal jam 7 pagi hingga 12 tengahari. Bagi pelanggan yang mahu parking kereta dengan selamat disediakan parking lot yang luas dengan bayaran RM2 sahaja.

Barangan yang di jual di Pasar Ini dengan harga yang murah dan berpatutan, jika anda pandai tawar menawar mungkin mendapat harga yang lebih murah,

pasar ini yang berdekatan dengan jeti ke pulau perhentian menyebabkan ia juga menjadi tarikan kepada pelancong untuk singgah membeli belah di sini, apa yang menarik makanan yang di jual di Pasar ini kebanyakannya adalah buatan penjual tempatan dengan pelbagai pilihan jenis makanan.
Antara yang terdapat di sini buah-buahan, pakaian baru, bundle pelbagai pilihan kasut atau pakaian, barang-barang antik, makanan basah atau kering, Etak Salai, Buah jering rebus, pulut panggang dan pelbagai lagi...

Jika anda berkelapangan jangan lupa untuk bertandang ke sini untuk membeli belah, pasti memberi kepuasan kepada 'kaki 'hopping' Pasar'.

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

2 comments: