AIR TERJUN LATA TEMBAKAH, TERENGGANU


Mempunyai tujuh tingkat dan banyak kolam-kolam takungan ini merupakan tarikan utama penduduk tempatan dan orang luar berkunjung ke sini. Bagi anda yang membawa keluarga atau anak-anak kecil, kolam-kolam takungan di tingkat satu dan dua adalah yang paling sesuai kerana kawasannya yang luas dan tidak perlu berjalan jauh. Melainkan jika anda punyai stamina tinggi, anda boleh daki sehingga ke tingkat yang paling tinggi.

Merangkumi kawasan seluas 300 hektar dan terletak kira-kira 24 km dari Jerteh dan 130 km dari Bandar Kuala Terengganu.Kawasan Hutan Lipur Lata Tembakah merupakan sebuah hutan hujan tropika yang dikelilingi oleh hutan simpan kekal pelagat.Kawasan ini mula dimajukan sekitar tahun 1987 dan menjadi tarikan pengunjung-pengunjung dari dalam dan luar negeri disebabkan oleh beberapa keistimewaan yang terdapat disini.

Air terjunnya yang cantik setinggi 50m
Kemudahan yang lengkap terutamanya untuk program persekolahan
Mempunyai air terjun tujuh tingkat.
Terdapat banyak kolam yang cantik untuk aktiviti mandi-manda
Terdapat trek untuk aktiviti jungle tracking.

Hutan lipur yang masih suci daripada pembangunan ini menyajikan keindahan flora dan fauna menakjubkan. Desiran air terjun disulami kicauan pelbagai unggas memberikan pemandangan sungguh mendamaikan. Kehijauan landskap semula jadinya sudah lama menambat hati pengunjung yang sering menjadikan hutan lipur ini sebagai lokasi riadah bersama rakan atau keluarga pada hujung minggu.Kedinginan airnya membuatkan pengunjung tidak puas mandi, apatah lagi apabila dikelilingi panorama air terjun tujuh tingkat.

Air terjun tujuh tingkat merupakan tarikan utama di sini

Pendakian 45 minit membawa pengunjung ke air terjun ketujuh pada tahap 1,000 meter (m). Namun, penggemar sukan lasak yang sering melakukan aktiviti merentas denai dan mendaki di kawasan hutan lipur ini lebih menggemari air terjun di tingkat empat berikutan ketinggian air terjunnya mencecah 500m.

pejalan kaki 

pelbagai  prasarana telah dibina untuk kemudahan pengunjung yang hadir.Antaranya ialah lorong pejalan kaki dibina bagi memudahkan pengunjung bersiar-siar di kawasan hutan ini.Pondok rehat pula boleh dijadikan tempat melepaskan penat selepas mendaki atau lokasi berkelah selepas puas berendam dalam kesejukan air sungai.

Kehidupan flora yang terdapat di sini.

Dalam usaha mengindahkan lagi persekitaran hutan lipur ini, pelbagai jenis tumbuhan hiasan sebagai antara daya penarik kepada pengunjung. Ini termasuk lebih 100 jenis pokok hutan yang memiliki nilai komersial tinggi, Bagi keselesaan pengunjung, pondok maklumat, ruang letak kereta, surau dan taman permainan kanak-kanak turut disediakan.

JPT turut menyediakan tapak perkhemahan dilengkapi kemudahan asas termasuk tandas, bilik persalinan dan tempat barbeku. Justeru, sekolah, agensi kerajaan dan sektor swasta gemar menjadikan hutan berkenaan sebagai lokasi penganjuran hari keluarga dan kem motivasi.Jika tidak mahu berkhemah, pengunjung boleh memilih tinggal di 16 chalet kendalian JPT. HLLT dibuka setiap hari, mulai jam 7 pagi hingga 6 petang.

Hutan Lipur Lata Tembakah,Besut,Terengganu.


Hutan Lipur Lata Tembakah memang akan menjanjikan satu pengalaman yang cukup indah kepada pengunjungnya.Berbagai aktiviti kekeluargaan yang menarik boleh dilakukan di sini seperti perkelahan, mandi manda dan perkhemahan.Bagi anda yang ingin berkunjung ke Terengganu jadikanlah destinasi ini sebagai destinasi yang mesti anda lawati..... Untuk pertanyaan, hubungi Pejabat Hutan Daerah Besut di talian 09-6956148.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment