Uptown KT Walk, Kuala Terengganu daya tarikan baru pelancong di hujung minggu

Pusat Bandaraya Kuala Terengganu yang sebelum ini dianggap `bandar mati’ oleh segelintir pihak.dijangka akan kembali meriah apabila Pasar Malam KT Walk yang akan beroperasi setiap Jumaat, bermula 24 April ini.
Pasar malam di Jalan Ismail, Kuala Terengganu terlibat mula ditutup kepada orang ramai bermula jam 3 petang bagi memudahkan peniaga membuat persiapan tempat sebelum perniagaan bermula dari jam 5.00 petang dan berakhir jam 12.00 tengah malam.
Kawasan yang terlibat sepanjang 500 meter dari bangunan Menara PMINT sehingga Tabung Haji.
lebih kurang  seramai 100 peniaga tempatan akan terlibat menjual produk seperti makanan tradisional Terengganu, produk asas tani, pakaian, barangan cenderahati dan kraftangan.
dan sekiranya mendapat sambutan luar jangkaan, jumlah peniaga akan ditambah dan tempoh perniagaan dilanjutkan sehingga jam 3.00 pagi, Pada masa sama lokasi akan diperluaskan bermula jalan berdekatan Hotel Seri Malaysia sehingga Stadium Sultan Ismail Nasarudin Shah.
pelbagai kelainan ditampilkan, termasuk mempelawa pengusaha nasi dagang, keropok lekor, satar dan `otok-otok’ berniaga di lokasi sama..
“Orang ramai pasti menggemarinya kerana tidak perlu mencari lokasi lain untuk makan atau minum dan harga yang ditawarkan berpatutan supaya sepadan dengan kadar sewa yang dikenakan, hanya RM5 bagi setiap tapak.
dan setiap peniaga akan dibekalkan tong sampah bagi memastikan kawasan masing-masing terjaga dan kekal bersih setiap masa.Pasar malam tersebut  juga akan menempatkan beberapa pengawal keselamatan dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) sepanjang operasi.
Tambahnya, aktiviti dan persembahan kebudayaan turut dianjurkan antaranya tarian tradisional Terengganu; malam kesenian islam; demontrasi silap mata, ayam serama, canting batik dan sukan mini marathon, street Soccer.
orang ramai boleh meletak kenderaan masing-masing di tempat letak kenderaan di Jalan Batas Baru, PB Square dan tapak stesen teksi lama.
dengan tarikan baru ini akan memeriahkan bandar Kuala Terengganu dan menghidupkan suasana malam di hujung minggu terutama kepada pelqancong.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment