Bobby's Kitchen, Restoren bertema 'Superhero' di Bukit Besar, Rasa Pedas yang Menyengat



Makan malam di Bobby's Kitchen yang terletak di Jalan Bukit Besar Kuala Terengganu pasti membuat anda rasa 'happening' dengan dekorasi kedai yang berkonsepkan 'superhero' daripada pelbagai animasi movie marvel, comic dan sebagainya dengan suasana cahaya lampu yang romantik.

Restoren ini menawarkan masakan western dan masakan panas yang mempunyai pelbagai pilihan dengan harga yang berpatutan, dari segi rasa masakan pula admin sempat merasa nasi goreng tom yam, sup perut dengan nasi putih, yang pasti pedasnya menyengat tetapi sedap, air pula oreo milk shake...marvelous!
Nasi Goreng Tom Yam, Sup Perut, nasi putih dan Air Oreo Milk Shake
Apa yang menarik, di Bobby's Kitchen ini juga anda di sajikan dengan live band dari Buskers anak-anak Terengganu, kalau yang kaki karok tu bolehlah nak cuba bakat anda di Bobby's Kitchen secara live.

live band daripada KT Buskers


Antara watak-watak menarik grafiti 'superhero' yang ada di Bobby's Kitchen seperti watak dari filem suice squad, avengers, batman, superman dan hulk, so.. sesuailah bagi sesiapa yang kaki 'selfie' tu untuk bergambar dan 'updates' di FB ataun Insta korang, tapi yang paling menarik minat admin gambar Harley Quinn dan The Joker watak favorite dalam  suice squad.

Mural 'Hulk' Menjadi Background Utama Restoren
Waktu operasi Boby's Kitchen bermula jam 5.30 petang sehingga 1.00 pagi dan rehat 20 minit pada pukul 7.20 petang bagi memberi laluan kepada waktu maghrib, kalau nak tahu menu-menu makanan kat Bobby's Kitchen boleh 'Study' list dalam gambar yang admin letak kat bawah ni.

Menu Page 1

Menu Page 2
 Harley Quinn dan The Joker watak favorite admin dalam filem suice squad.

Kaunter Pembayaran apa yang korang makan

So, bagi sesiapa yang suka kedai makan yang berkonsepkan ala-ala superhero tu bolehlah datang ke Bobby's Kitchen.. bagi merasakan sendiri pengalaman anda.


Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment