Bukit Keluang mempunyai tarikan tersendiri yang boleh memukau para pengunjung tempatan dan luar negara dengan keindahan dan keunikannya. Selain itu, para pengunjung juga berpeluang untuk mendapat pengalaman menarik dari aktiviti-aktiviti pilihan tersendiri seperti mandi, memancing, bermain wau, santai bersama keluarga dan lain-lain lagi.
Apa yang lebih menarik aktiviti mendaki Bukit Kluang turut boleh di lakukan tetapi memerlukan nasihat daripada penduduk tempatan dan mengikuti langkah keselamatan, di atas bukit kluang ini terdapat pondok kecil tempat di mana anda boleh melihat pemandagan sekitar Kg Raja dan Pulau-Pulau yang berdekatan seperti Pulau Rhu & Pulau Perhentian yang pasti memukau mata memandang.
Manakala di kalangan anak-anak muda menjadikan lokasi pantai ini sebagai tempat luncur air 'surfing' dan telah di iktiraf oleh Kerajaan Negeri sebagai satu tempat surfing di Terengganu selain Pantai Batu Buruk.
Terdapat juga laluan gua-gua dan celahan batu yang menjadikan ianya unik bagi pengunjung menyelusuri kawasan tersebut untuk mengambil gambar dan berehat di bawah celahan batu bukit kluang.
Disini, terdapat banyak kemudahan seperti rumah rehat, restoran, tandas awam, wakaf untuk berehat dan lain-lain lagi, bagi yang meminati menunggang kuda, bola sepak pantai, bola tampar atau bermain ATV terdapat beberapa pengusaha kecil yang turut menyediakan sukan tersebut.
Pantainya yang bersih dan lautan yang kebiruan selain keindahan pulau-pulau kecil yang boleh dilihat dari kejauhan, menjadikan destinasi pelancongan ini begitu terkenal bagi para pengunjung.
Keindahan tempat ini juga menjadi tarikan bagi mereka yang melakukan aktiviti penggambaran filem ataupun drama televisyen.
Keindahan tempat ini juga menjadi tarikan bagi mereka yang melakukan aktiviti penggambaran filem ataupun drama televisyen.
Pondok-pondok kecil dibina untuk memudahkan orang ramai untuk berehat sambil menghirup udara segar disini, bagi yang ingin berada lebih lama di pantai ini terdapat resort iaitu Bukit Kluang Beach Resort dengan resortnya begitu unik dan menarik.
Tempat ini terletak 4 km dari Pekan Kuala Besut dan 19 km dari Bandar Jerteh melalui jalan darat. Melalui jalan antara Kuala Besut dan Jerteh, terdapat sebuah pintu gerbang pada laluan tepi jalan untuk ke sana.
Ianya juga sama sebagaimana pantai-pantai lain yang terdapat di Besut yang menjadi sumber tarikan semulajadi dan tersendiri dengan pasir pantai yang bersih dan bukitnya yang tersergan indah.
Pasti memikat sesiapa sahaja ke sini, dan terasa untuk kembali lagi.
0 comments:
Post a Comment