Biasanya pelancong yang datang ke Pulau Kapas akan pergi ke Pulau Gemia sebagai salah satu lokasi bagi melakukan aktiviti snorkeling, menyelam ataupun mengamati pemandangan pantai.
Terdapat sebuah tempat peranginan di Pulau Gemia. Pulau Gemia merupakan salah satu pulau terindah di Terengganu. Pulau kecil ini juga dapat menarik ramai pelancong datang ke sana kerana memiliki panorama matahari terbit yang cantik selain pulau ini yang kecil dan kurang pengunjung dapat menggamit persekitaran yang romantis dan damai. Pulau Gemia ini berhampiran dengan Pulau Kapas, pengunjung boleh menaiki feri atau bot ke sana.
Udara di sini juga sungguh nyaman dan sejuk kerana kurang peerokaan hutan di sana. Lautnya biru dan pantainya kuning. Pelbagai jenis burung terdapat di sana antaranya ialah burung bangau, burung rajawali, burung nuri dan sebagainya. Bentuk muka bumi pulau ini sangat padat bersama bukit-bukau yang tersusun, anak sungai yang jernih dan pelbagai pokok jenis kayu keras dan besar-besar belaka juga dapat ditemui.
Purata hujan tahunan adalah kira-kira 26000 ml setahun, manakala suhunya atara 26c-27c. Pulau ini juga merupakan salah satu habitat haiwan liar.
0 comments:
Post a Comment