8 Tempat Percutian Menarik dan Popular di asia


PULAU LANGKAWI


Pulau Langkawi secara relatifnya agak murah untuk dikunjungi kerana ia adalah sebuah pulau bebas cukai. Selain daripada pantainya yang cantik, membeli belah adalah aktiviti utama di pulau ini. So kalau you all nak pergi Langkawi sediakan duit banyak-banyak ya. Baru best shopping. He..he


PULAU BALI

Pulau Bali merupakan Pulau Kecil yang terletak di antara Pulau Jawa, dan Pulau Nusa Tenggara. Pulau Bali memang sangat terkenal diseluruh dunia, sebagai tempat percutian yang kaya dengan nilai budaya yang diamalkan turun temurun. Bahkan ada yang mengatakan Indonesia terletak di Pulau Bali. Padahal, sebaliknya. Balilah yang terletak di Indonesia. Banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi di Bali.  Antaranya Pantai Pandawa, Pantai Seminyak, Kuta dan Tanah Lot.


LOMBOK

20 minit memisahkan antara Bali dan Lombok. Biarpun Lombok selalu dikaitkan dengan kisah yang agak negatif, ianya merupakan antara tarikan pelancongan terbaru. Pulaunya yang cantik memang sesuai untuk pasangan yang ingin berbulan madu. Jauh dari hiruk piruk kota, Lombok adalah satu destinasi menarik untuk merehatkan minda dan serta mencari ketenangan.


KRABI

Krabi di Thailand juga merupakan antara tempat percutian pilihan ramai walaupun agak mahal berbanding tempat-tempat lain di Thailand. Pulau Krabi yang sememangnya cantik, memang sesuai untuk dijadikan tempat untuk mencari ketenangan.


DA NANG, VIETNAM

Terletak di antara Hanoi dan Ho Chi Minh, Da Nang telah berkembang menjadi sebuah tempat percutian popular di Vietnam. Pantainya yang indah menjadi tarikan pelancong. Di pulau ini juga terdapat satu kawasan tapak warisan dunia yang diiktiraf UNESCO iaitu bandar Hoi An. Di bandar ini terdapat banyak kawasan yang menarik yang boleh diterokai, antaranya Old Town, Japanese Bridge, kilang sutera dan deretan kedai dan rumah yang dihiasi Tanglung.

KO SAMUI

Ko Samui adalah sebuah pulau yang terletak di Teluk Thailand. Ianya menjadi pilihan pelancong kerana kecantikan pulaunya. Kalau nak pergi ke pulau ni you all boleh pilih samada nak menaiki bot atau kapal terbang. 
Boracay, Philippines

Pulau Boracay adalah destinasi pelancongan yang sangat popular di Filipina. Pulau ini terletak sejauh 315 km dari Manila. Pada tahun 1990, Boracay telah dipilih sebagai salah sebuah pantai terbaik di dunia oleh BMW Tropical Beach Handbook. Pulau ini juga telah dipilih oleh TV Quick sebagai pantai tropika terbaik di dunia pada tahun 1996. Menarikkan


PHUKET

Pulau Phuket ialah salah satu wilayah di selatan Thailand. Dahulunya ia dikenali sebagai pulau Talang. Talang ialah sejenis ikan, dalam bahasa Melayu. Sememangnya ramai orang Melayu yang tinggal di pulau Phuket. Ini termasuklah keturunan Mahsuri yang berhijrah ke sini. Dari segi geologi, Phuket merupakan pulau terbesar di Thailand dan mungkin yang paling terkenal. Ia adalah destinasi popular untuk pelancong kerana mempunyai banyak resort mewah, pantai yang indah, bar, restoran, dan pelbagai aktiviti. Memang meriahlah...

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment