16:49

Bobby's Kitchen, Restoren bertema 'Superhero' di Bukit Besar, Rasa Pedas yang Menyengat



Makan malam di Bobby's Kitchen yang terletak di Jalan Bukit Besar Kuala Terengganu pasti membuat anda rasa 'happening' dengan dekorasi kedai yang berkonsepkan 'superhero' daripada pelbagai animasi movie marvel, comic dan sebagainya dengan suasana cahaya lampu yang romantik.
Restoren ini menawarkan masakan western dan masakan panas yang mempunyai pelbagai pilihan dengan harga yang berpatutan, dari segi rasa masakan pula admin sempat merasa nasi goreng tom yam, sup perut dengan nasi putih, yang pasti pedasnya menyengat tetapi sedap, air pula oreo milk shake...marvelous! Nasi Goreng Tom [.....]

02:45

Gunung Tebu cabaran mendaki 3,408 kaki, memberi kepuasan kepada pendaki


Gunung Tebu merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Terengganu Darul Iman, Malaysia. Gunung Tebu mempunyai ketinggian setinggi 1,039 meter (3,408 kaki).

 Gunung Tebu adalah kemuncak ke 8 tertinggi di Terengganu dengan ketinggian kira-kira 1,039 meter (m) dari paras laut. Ia terletak di Hutan Simpan Gunung Tebu dalam daerah Besut di negeri Terengganu.

Keunikan bentuk muka buminya menarik kunjungan pendaki tempatan dan luar negara. Tempat menarik sepanjang mendaki ke puncak Gunung Tebu,di antaranya adalah Hutan Lipur Lata Belatan, Batu Mat Hasan, Jendela Pandang, Batu Mahkamah, [.....]

09:46

Uptown KT Walk, Kuala Terengganu daya tarikan baru pelancong di hujung minggu

Pusat Bandaraya Kuala Terengganu yang sebelum ini dianggap `bandar mati’ oleh segelintir pihak.dijangka akan kembali meriah apabila Pasar Malam KT Walk yang akan beroperasi setiap Jumaat, bermula 24 April ini. Pasar malam di Jalan Ismail, Kuala Terengganu terlibat mula ditutup kepada orang ramai bermula jam 3 petang bagi memudahkan peniaga membuat persiapan tempat sebelum perniagaan bermula dari jam 5.00 petang dan berakhir jam 12.00 tengah malam. Kawasan yang terlibat sepanjang 500 meter dari bangunan Menara PMINT sehingga Tabung Haji. lebih kurang  seramai 100 peniaga tempatan akan terlibat menjual [.....]

19:24

Tips Membeli Tiket Kapal Terbang Murah ke destinasi Percutian Anda

Mengaku saja jika anda merupakan salah seorang yang tertunggu-tunggu tiket penerbangan murah. Anda boleh berjimat banyak jika anda tahu cara untuk mendapatkan harga tiket penerbangan yang murah. Entri ini memberi anda panduan mendapatkan tiket mampu beli.
Beli Ketika Promosi Setiap tahun, syarikat penerbangan tempatan seperti MAS, Air Asia, Malindo dan Fire Fly pasti ada membuat promosi untuk pelanggannya. Promosi yang dibuat biasanya sangat berbaloi.
Beli Lebih Awal Jika anda mahu melancong pada bulan akan datang, mulalah membeli dari sekarang kerana membeli tiket penerbangan lebih awal kebiasaannya [.....]

09:02

8 Tempat Percutian Menarik dan Popular di asia


PULAU LANGKAWI

Pulau Langkawi secara relatifnya agak murah untuk dikunjungi kerana ia adalah sebuah pulau bebas cukai. Selain daripada pantainya yang cantik, membeli belah adalah aktiviti utama di pulau ini. So kalau you all nak pergi Langkawi sediakan duit banyak-banyak ya. Baru best shopping. He..he


PULAU BALI
Pulau Bali merupakan Pulau Kecil yang terletak di antara Pulau Jawa, dan Pulau Nusa Tenggara. Pulau Bali memang sangat terkenal diseluruh dunia, sebagai tempat percutian yang kaya dengan nilai budaya yang diamalkan turun temurun. Bahkan [.....]

05:33

Bukit Kluang, Besut Keunikan & keindahanya tersendiri

Bukit Keluang mempunyai tarikan tersendiri yang boleh memukau para pengunjung tempatan dan luar negara dengan keindahan dan keunikannya. Selain itu, para pengunjung juga berpeluang untuk mendapat pengalaman menarik dari aktiviti-aktiviti pilihan tersendiri seperti mandi, memancing, bermain wau, santai bersama keluarga dan lain-lain lagi.
Apa yang lebih menarik aktiviti mendaki Bukit Kluang turut boleh di lakukan tetapi memerlukan nasihat daripada penduduk tempatan dan mengikuti langkah keselamatan, di atas bukit kluang ini terdapat pondok kecil tempat di mana anda boleh melihat pemandagan sekitar Kg Raja dan Pulau-Pulau yang berdekatan [.....]

20:08

Pasar Tani Kuala Besut daya tarikan pelancong ke besut


Pasar Tani Kuala Besut! Kalau ada masa lapang pagi Jumaat bolehlah singgah kat Pasar Tani Kuala Besut berhampiran Sungai Kuala Besut. Kawasannya memang luas dan menawarkan pelbagai pilihan barangan seperti makanan, pakaian, perkakas dapur, binatang peliharaan, alatganti basikal, kraftangan, perabut dan perhiasan rumah.
Pasar tani ini bermula seawal jam 7 pagi hingga 12 tengahari. Bagi pelanggan yang mahu parking kereta dengan selamat disediakan parking lot yang luas dengan bayaran RM2 sahaja.
Barangan yang di jual di Pasar Ini dengan harga yang murah dan berpatutan, jika [.....]

Previous PostOlder Posts Home