Terengganu dan Pulau Perhentian keindahan mempersonakan


Terengganu merupakan salah satu negeri di Malaysia yang dikurniakan dengan pelbagai landskap semula jadi yang menarik dan menyegarkan . Terengganu mempunyai pantai , pulau-pulau eksotik , hutan tropika yang subur semulajadi, perkampungan nelayan , air terjun yang mempesonakan dan banyak lagi ! Batu karang dan persisiran pantai berpasir putih dan air kristal terbentang luas sepanjang pantai 244km dan terpanjang di Malaysia , meluaskan dari Besut di utara ke Kemaman di selatan. Pulau Terengganu adalah antara yang paling indah dan menarik di negara ini.


Pulau Perhentian Pulau Perhentian merupakan salah satu destinasi pelancongan yang menarik di Malaysia, pernah di nobatkan sebagai Pulau yang ke tiga belas tercantik di Malaysia.

 Ianya terdiri daripada dua pulau iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Terletak 21km daripada persisiran pantai Terengganu.

Pulau Perhentian mempunyai keindahan alam semulajadinya yang unik yang terdiri daripada kawasan hutan yang kaya dengan flora dan fauna, pasir patih yang putih memukau serta dikelilingi oleh airnya yang biru jernih, menjadikan ianya syurga bagi nelayan. Terletak berhampiran dengan Pulau Redang, Ianya juga kaya dengan pelbagai batu karang yang unik dan sangat sesuai untuk aktiviti menyelam dan snorkeling.

 Pulau Perhentian Kecil lebih sesuai untuk para 'backpacker' di luar sana, di mana terdapat banyak pilihan makanan serta kemudahan bajet yang disediakan. Pulau Perhentian Besar pula lebih banyak kemudahan yang disediakan serta mempuyai banyak kemudahan. Kesimpulannya, kedua-duanya mempunyai keunikannya yang tersendiri serta mampu menjadi tarikan utama kepada para pelancong.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment