Tasik Kenyir merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara dengan keluasan 260,000 hektar. Ia juga merupakan empangan elektrik-hidro yang dilitupi konkrit terbesar di Malaysia. Apabila kawasan itu dibanjirkan, kebanyakan bukit berada di atas paras air lalu membentuk kira-kira 340 pulau buatan manusia.
Hutan hujan yang mengelilingi kawasan tasik mewujudkan pemandangan flora dan fauna yang menakjubkan. Ini termasuk termasuk paku-pakis, orkid eksotik, burung kenyalang, gajah, dan harimau kumbang. Ia turut menjadi rumah kepada lebih dari 8,000 spesis bunga, 2,500 spesis tumbuhan dan pokok,800 spesis orkid dan 300 spesis kulat.
Ia adalah tempat percutian hebat bagi pencinta alam semula jadi memandangkan ia dikelilingi oleh hutan hujan tropika tebal. Ia turut menjadi syurga bagi pengail kerana tasik ini dihuni oleh ratusan spesis ikan air tawar seperti ikan Baung, Toman, Kelisa, Lampam dan Kelah. Dikelilingi hutan tropika yang luas, kawasan tasik terkenal dengan aktiviti memancing, menaiki bot, berkayak, meredah hutan, pemanduan 4WD dan golf.
Santuari Kelah Tasik Kenyir |
Bot rumah yang menyusuri sungai hingga ke kawasan air terjun dan kawasan memancing memberi pengalaman menyeronokkan kepada pencinta alam semula jadi. Tasik Kenyir turut menjadi laluan masuk ke Taman Negara melalui Tanjung Mentong.
Ianya bukan sahaja sebagai destinasi pelancongan yang terkenal dan unik, malah ia juga menyumbang kepada pembangunan negara melalui stesen hidroelektrik di Jenagor, Hulu Terengganu. Keseluruhan pulau yang ada di Tasik Kenyir selepas ia dilimpahi air adalah 340 buah pulau, Tasik Kenyir ini juga telah di isytiharkan sebagai 'Pulau Bebas Cukai' di mana Pulau Bayas di jadikan pusat perlancongan dan membeli belah yang masih lagi dalam proses pembinaan.
Dengan dikelilingi suasana Hutan Hujan Tropika, Tasik Kenyir amat popular bagi pencinta alam semulajadi, kaki pancing, jurugambar serta yang gemarkan cabaran. Di antara aktiviti yang selalu menambat hati pengunjung di sini adalah memancing, mandi air terjun, berkayak, menyusuri tasik dengan bot serta aktiviti lasak seperti kembara hutan, mendaki Gunung Gagau atau menjejak jejak Mat Kilau. AIr yang jernih di Tasik Kenyir pastinya mengimbau minat bagi kaki pancing untuk menawan pelbagai spesis ikan di sini seperti Baung, Toman, Kelah, Kelisa serta Sebarau. Dengan kemudahan seperti chalet, 'boathouse', resort dan kemudahan tapak khemah pastinya melengkapkan keseronokan percutian anda di sini.
Berhampiran Taman Negara Tasik Kenyir, terdapat kesan tinggalan sejarah dan penemuan terbaru telah menunjukkan bahawa penemuan rangka 'Bewah Man' adalah lebih tua daripada 'Perak Man'. Ia adalah bukti sejarah terkini arkeologi di Gua Bewah. Jabatan Muzium Negeri Terengganu masih meneruskan lagi kajian arkeologi di Gua Bewah ini untuk mengkaji lebih lanjut artifak-artifak dan tinggalan sejarah yang ada di sini. Tinggalan sejarah ini juga dapat didapati di gua berhampiran Gua Bewah iaitu Gua Taat. Kerajaan Negeri Terengganu bersama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengan (KETENGAH) telah menganjurkan pertandingan memancing di Tasik Kenyir bagi memburu ikan legenda di Tasik Kenyir iaitu dari Spesis Arapaima yang dikatakan agak besar. Tawaran RM20,000 juga telah dibuat oleh kerajaan negeri bagi sesiapa yang dapat menangkap ikan spesis ini.
Sebenarnya banyak lagi tarikan menarik di Tasik Kenyir ini iaitu Santuari Kelah di Sungai Cacing di bawah kelolaan Jabatan Perikanan, Taman Herba di Pulau Sah Besar, Santuari Gajah di Sungai Ketiar di bawah Jabatan Perhilitan, Taman Negara, air terjun Lasir, Saok dan lain-lain lagi. Dengan kata lain, jika datang dua hari masih belum cukup untuk kita meneroka semuanya. pergerakan kita adalah menggunakan bot untuk meneroka keindahan Tasik Kenyir. Jadi rancanglah percutian anda untuk meneroka keindahan Tasik Kenyir.
Panduan Perjalanan
Menaiki kereta
Ada beberapa laluan alternatif untuk ke Tasik Kenyir. Jika anda menaiki kereta dari Kuala Lumpur, pandu ke Ajil melalui Lebuhraya Karak ke Lebuhraya Jerengau-Jabor kemudian terus ke Kenyir. Satu lagi laluan alternatif yang boleh digunakan untuk ke jalan raya tepi pantai melalui Kemaman, Dungun, Kuala Terengganu dan kemudian ke Tasik Kenyir.
Laluan udara
Anda boleh terbang dengan Penerbangan Malaysia atau Air Asia. Mereka menyediakan penerbangan ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, anda boleh menaiki teksi terus ke Tasik Kenyir.
Menaiki bot
Ada beberapa pengusaha bot di Jeti Gawi, yang boleh membawa anda menyusuri Tasik Kenyir menggunakan bot rumah kaca bertingkat. Anda dinasihatkan untuk membuat tempahan. Sesetengah agensi pelancongan menawarkan pakej lawatan.
0 comments:
Post a Comment